A-EnrichGold-i (Pelan Simpanan)

SILA RUJUK GAMBAR RAJAH DIBAWAH :


1. Takaful Keluarga Biasa

70% daripada Caruman (tidak termasuk beban tambahan, jika ada) akan diperuntukkan sebagai bahagian Takaful Keluarga Biasa (dikenali sebagai Caruman Takaful). Pencarum akan dilindungi:



(a) Faedah Gaya Hidup (FGH) yang meningkat; pencarum bakal menikmati 5% dari Jumlah Dilindungi Asas untuk Faedah Gaya Hidup berjadual bermula dari akhir Tahun Sijil ke-2, dan ia akan meningkat ke 8% dari akhir Tahun Sijil ke-11 sehingga akhir Tahun Sijil ke-20, dan seterusnya 12% dari akhir Tahun Sijil ke-21 sehingga matang pada akhir Tahun Sijil ke-25

(b) Faedah Kematian: Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, Jumlah Dilindungi Asas dan FGH yang belum dibayar atau 200% daripada Jumlah Dilindungi Asas, yang mana lebih tinggi, akan dibayar. Sekiranya kematian akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi Asas akan dibayar.

(c) Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Sekiranya Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum mencapai umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi Asas dan FGH yang belum dibayar atau 200% daripada Jumlah Dilindungi Asas, yang mana lebih tinggi, akan dibayar. Sekiranya HUMK akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi Asas akan dibayar1.

(d) Faedah Kematangan: Amaun minima sebanyak 120% daripada Jumlah Dilindungi Asas akan dibayar apabila Sijil Takaful matang



2. Takaful Berkaitan-Pelaburan

30% daripada Caruman dibayar (tidak termasuk beban tambahan, jika ada), dikenali sebagai Caruman A-Plus Enhancer-i, akan diperuntukkan ke Dana(-Dana) Pelaburan pilihan2 Anda dengan kadar perutukan 95% untuk meningkatkan simpanan Anda. Nilai Akaun akan dibayar semasa penamatan Sijil (jika kematian/HUMK Orang Dilindungi, Kematangan, Penyerahan) sebagai tambahan bayaran faedah Sijil.




Dengan Pelan A-EnrichGold-i, anda mendapat faedah-faedah di bawah :


1) Simpanan hanya 10 Tahun, untuk faedah sehingga 25 tahun.
2) Anda mempunyai pilihan untuk pengeluaran setiap1 & 2 Tahun.
3) Anda turut dilindungi dengan pampasan takaful untuk kematian, hilang upaya kekal dan kemalangan.
4) Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, simpanan anda akan tetap berterusan.
5) Waris anda layak mendapatkan hibah dari simpanan anda jika ditakdirkan terjadi apa-apa pada anda.
6) Simpanan anda dilindungi oleh Akta Takaful 1984. Tidak dibekukan jika berlaku muflis dan kalis kreditor. 


Selain boleh digunakan sebagai Pelan Persaraan, anda boleh menggunakan Pelan A-EnrichGold-i sebagai Pelan Pendidikan Anak-anak ataupun Pelan Simpanan Haji dan Umrah.



Sebarang Pertanyaan boleh terus berhubung dengan saya. In Shaa ALLAH, saya akan bantu anda sebaik mungkin.